Ronaldo Jaringkan Gol ke-750!

ronaldo jaringkan gol ke-750!

Cristiano Ronaldo jaringkan 1 gol untuk bantu Juventus benam Dynamo Kiev 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Kemenangan itu tidak memberikan apa-apa makna memandangkan Juve telah pun layak ke pusingan 16 terbaik dengan Barcelona.

Namun, gol Ronaldo pada perlawanan tersebut memberikan makna yang lebih besar kepada penyerang itu secara peribadi.

ronaldo jaringkan gol ke-750!

Ia merupakan gol ke-10 nya untuk Juve dalam semua kejohanan musim ini dan merupakan yang ke-75 sejak dia sertai kelab Itali itu pada 2018.

Lebih penting, ia merupakan gol ke-750 dalam karier penyerang itu sejak beraksi secara profesional sejak 2002.

Lebih separuh daripada jumlah golnya itu dijaringkan ketika menyarung jersi Real Madrid iaitu sebanyak 450 gol antara 2009 hingga 2018.

Ketika bersama Manchester United, Ronaldo meledak 118 gol dan 102 lagi golnya dijaringkan di peringkat antarabangsa bersama Portugal.

ronaldo jaringkan gol ke-750!

Ronaldo merupakan pemain Eropah dengan jumlah jaringan terbanyak untuk pasukan kebangsaan.

Namun untuk bergelar penjaring terbanyak, Ronaldo perlu jaringkan 8 lagi gol di peringkat antarabangsa untuk mengatasi rekod penyerang Iran, Ali Daie yang miliki 109 gol.

750 gol dalam karier bukan jumlah yang kecil dan untuk meraih pencapaian itu banyak pengorbanan perlu dibuat.

ronaldo jaringkan gol ke-750!

Menerusi akaun Instagramnya, Ronaldo ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya selama ini termasuk pemain lawan yang mendorongnya untuk menjadi lebih baik.

Ronaldo turut letak sasaran untuk mencapai 800 gol selepas ini.

Penyerang itu merupakan antara 4 pemain yang masih beraksi untuk mencecah sekurang-kurangnya 500 gol dalam karier mereka iaitu Lionel Messi, Zlatan Ibrahimovic dan Robert Lewandowski.

Namun, hanya Ronaldo dan Messi sahaja pemain yang masih beraksi berjaya mencecah jumlah 700 gol.

ronaldo jaringkan gol ke-750!

Bintang Juve itu kini berada di kedudukan ke-4 senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman, 17 gol di belakang legenda Brazil, Pele dengan 767 gol.

Di tempat ke-2 ialah seorang lagi bekas bintang Brazil iaitu Romario dengan 772 gol manakala Josef Bican merupakan penjaring terbanyak dengan sekurang-kurangnya 805 gol.

Kalau Ronaldo berjaya cecah 800 gol sebelum kariernya berakhir, dunia bola sepak mungkin tiada pilihan lain selain menamakan dia sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Oleh: Karami Kamel