Risau Sunburn? Cuba Simple Treatment Ni

risau sunburn? cuba simple treatment ni

Bercuti ke destinasi pulau ataupun pantai dan air laut memang syok! Tapi tak berapa nak syok sangat sebab confirm kena masalah sunburn.

 Bukan bermaksud puteri lilin dan tak boleh kena panas, sunburn terjadi apabila kulit terdedah pada cahaya matahari dan UV (ultra violet) terlalu lama, sehingga badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigment kulit (melanin). Cahaya matahari mempunyai gelombang gelombang yang tertentu dan yang membahayakan adalah sinaran ultraviolet (UV) yang menjadi punca keradangan atau inflamasi kulit.

 

  1. Rawatan menggunakan bahan alami seperti mayonis memang dapat hilangkan rasa kelegaan. Just sapu mayonis pada bahagian sunburn, ini kerana mayonis mengandungi cuka yang bantu mengurangkan kesan ‘burn’. Lagi baik kalau mayonis tu disimpan dalam suhu sejuk.

 

  1. Tembikai merupakan bahan makanan yang sejuk. Hiris nipis tembikai dan tekan tekan pada wajah selama 20 minit, ia akan menyejukkan wajah yang terbakar.

 

  1. Ambil beberapa timun kecil dan kisar, kemudian campur dengan 2 sudu tepung. Sapukan pada bahagian yang terbakar seperti masker. Ini sangat melegakan.

 

  1. Beberapa tangkai lidah buaya di patahkan. Ambil lendir kan sapukan pada wajah dengan urut perlahan lahan. Amalkan setiap hari pasti nampak hasil dan perubahannya.

 

  1. Belah dua tomato yang sudah dicuci bersih. Gosokkan tomato pada wajah perlahan lahan dan biar ia kering seketika. Selepas 10 minit bilas wajah anda.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita