Siapa tak suka makan kentang goring kan? Lagi-lagi kalau makan panas-panas dan masih ranggup, cicah pula dengan sos, memang boleh non-stop makan. Kalau beli yang frozen atau readymade kandungan garam dan lemak agak tinggi so better buat kentang goreng sendiri. Tetapi kebiasaannya kentang kalau digoreng sendiri mesti jadi lembik dan tak ranggup macam kita bel ikat kedai, betul tak?
Ikut petua ini kalau nak kentang goreng ranggup macam makan kat kedai. Rupanya rebus kentang sekejap dan terus rendam dalam air berais selama 5 minit sebelum digoreng. Baru la tak lembik.
Make sure masa beli kentang tu, pilih yang permukaannya baik dan licin. Ini maksudnya kentang itu fresh. Kupas kulit kentang dan potong mengikut saiz yang kita suka. Kemudian rebus kentang seketika, jangan terlalu lama nanti terlalu lembik pula. Air dah menggelegak tu, terus angkat dan sejukkan di dalam air berisi ais selama 5 minit.
Pastikan kentang ditoskan airnya sehingga kering. Kemusian gaul dengan tepung bestari dan ibu roti. Korang kena goreng secara deep fried. Bila dah nampak kentang bertukar warna, terus angkat dan tos sekali lagi.
Mudah saja kan? Yang penting kentang ranggup dan tak lembik. Selamat mencuba guys!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: Mingguanwanita