Robert Kuok Orang Terkaya Di Malaysia Dengan Kekayaan Berjumlah $11Billion- Forbes

 

Baru-baru ini Forbes telah menyenaraikan 50 individu paling kaya di Malaysia.

Tahun ini, Robert Kuok yang sering dikenali dengan jolokan raja gula terus berada di tempat pertama dalam senarai tersebut dengan jumlah kekayaan bernilai $11.5 Billion. Wow!

Berdasarkan portal Forbes, Robert Kuok merupakan pemilik Kuok Gorup di mana syarikat tersebut terlibat dalam industri perhotelan dan hartanah. Robert Kuok merupakan pengasas Shangri-La Hotel di Singapura pada tahun 1971.

Selain daripada Robert Kuok, empat nama lain yang termasuk dalam senarai ini adalah seperti berikut:

#2 Quek Leng Chan- jumlah kekayaan $9.7 Billion

#3 Ananda Krishnan- jumlah kekayaan $5.9 Billion

#4 Chen Lip Keong- Jumlah kekayaan $5.3 Billion

#5 Teh Hong Piow- Jumlah kekayaan $4.85 billion

Sumber: Forbes