Quartararo Belum Putus Asa

quartararo belum putus asa

Fabio Quartararo tekad untuk pamer aksi terbaik pada 2 perlumbaan terakhir saingan MotoGP musim ini.

Pelumba Petronas Yamaha SRT itu tamatkan perlumbaan GP Eropah sebelum ini di kedudukan ke-14 akibat terjatuh pada awal perlumbaan.

quartararo belum putus asa

Quartararo yang mulakan saingan musim ini dengan 2 kemenangan berturut-turut tidak berada pada prestasi terbaik apabila gagal raih kedudukan podium dalam 4 perlumbaan terakhirnya.

Pelumba kelahiran Perancis itu berkata dia masih mencari ketetapan yang sesuai untuk jenteranya beroperasi pada tahap optimum dan yakin ianya mampu dilakukan pada 2 perlumbaan terakhir.

Quartararo juga enggan berputus asa untuk bergelar juara dunia musim ini.

quartararo belum putus asa

Dia kini duduki tempat ke-2 senarai kejuaraan pelumba, berkongsi 125 mata dengan pelumba Suzuki, Alex Rins, berada 37 mata di belakang pendahulu dan rakan sepasukan Rins, Joan Mir.

Walaupun peluang Quartararo dilihat tipis, dia tetap optimis kerana secara matematik dia masih berpeluang melakukannya.

Saingan MotoGP akan bersambung hujung minggu ini di litar Ricardo Tomo untuk GP Valencia sebelum melabuhkan tirai pada GP Portugal, 22 November depan.

Mampu ke Quartararo menghalang Joan Mir? Ataupun adakah Joan Mir akan bergelar juara dunia hujung minggu ini sekaligus mencerahkan peluang Suzuki untuk meraih 3 kejuaraan sekaligus termasuk kejuaraan pasukan dan pengeluar ?

Oleh : Karami Kamel