Pulau Pinang Rancang Gazet Pulau Buatan Manusia Menjelang 2022

Pulau Pinang berhasrat untuk menggazetkan pulau buatan manusia yang berletak bersebelahan Jambatan Pulau Pinang pertama menjelang 2022 dan membangunkan kawasan tersebut sebagai Kawasan Perlindungan Marin Tebing Tengah.

pulau pinang rancang gazet pulau buatan manusia menjelang 2022

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, kawasan tersebut merupakan kawasan rumput laut terbesar di negara ini dan habitat serta tempat makan pelbagai hidupan laut.

“Ini adalah komitmen kami kepada rakyat untuk memelihara warisan dan kami berusaha ke arah membangunkan kawasan perlindungan marin.

“Kemudahan terlibat telah dilaksanakan dan diharapkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow akan membuat pengumuman rasmi mengenai rancangan ini tidak lama lagi,” terangnya.

Sabtu lalu, Chow difahamkan telah membuat pengumuman mengenai pelan untuk menggazetkan kawasan berkenaan dan menugaskan Phee untuk meneliti beberapa isu termasuk cadangan penggazetan itu.

 

Sumber: [1]