Powerpuff Girls Bakal Diadaptasi Menjadi Drama

Khabar gembira buat mereka yang pernah meminati kartun Powerpuff Girls di zaman kanak-kanak dahulu!

powerpuff girls bakal diadaptasi menjadi drama

Kartun popular tersebut diketahui kini dalam proses untuk dikembangkan lagi dalam versi aksi langsung yang bakal dibintangi beberapa nama dalam industri yang kian meningkat.

Menurut sumber, Powerpuff Girls versi aksi langsung bakal dibintangi pelakon Chloe Bennet sebagai Blossom, Dove Cameron sebagai Bubbles dan Yana Perrault sebagai Buttercup.

Berbeza dengan siri kartunnya yang ditayangkan di Cartoon Network terdahulu, Powerpuff Girls kali ini bakal melihat gadis-gadis ini berada dalam usia dua puluhan mereka yang berasa tidak puas hati gara-gara kehilangan zaman kanak-kanak akibat memerang jenayah.

Difahamkan, Bubbles bakal didatangkan dengan ciri-ciri karakter yang kuat dan pintar, dan mementingkan kemasyhuran.

Bagi Blossom, ia pula berperang dengan perasaan sendiri kerana zaman kanak-kanaknya yang dihabiskan hanya untuk memerangi jenayah. Siri ini bakal mengikuti percubaannya untuk kembali sebagai seorang adiwira seperti mana yang dikenali ramai ketika zaman kecilnya itu.

Dalam pada itu, Buttercup pula dikatakan menjalani kehidupannya dengan aman sebagai penduduk biasa dalam cubaan untuk melarikan diri daripada identiti Powerpuff Girls miliknya.

Konflik tercetus apabila ketiga-tiga mereka teragak-agak untuk bersatu kembali demi menyelamatkan dunia.

Siri tersebut bakal ditayangkan menerusi rangkaian The CW yang popular dengan siri-siri popular seperti Gossip Girl, Supernatural dan The Vampire Diaries.

Powerpuff Girls pada asalnya merupakan ciptaan Craigh McCracken. Dalam siri asal, Profesor Utonium secara tidak sengaja membuat pasukan adiwira yang rata-ratanya terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah itu dengan menggabungkan gula, rempah-rempah dan lain-lain dengan Chemical X yang misterius.

Pertunjukan ini berlangsung selama enam musim dan 78 episod antara 1998 dan 2005.

Pada 2002, siri kartun tersebut membuat debut di layar perak menerusi The Powerpuff Girls Movie.

 

Sumber: Teen Vogue