Piala Malaysia Ditunda

piala malaysia ditunda

 

Liga Bolasepak Malaysia mengumumkan saingan Piala Malaysia akan membuka tirai pada 25 dan 26 Oktober.

Pada mulanya, saingan itu dijadual berlangsung pada 16 Oktober ini.

Tapi sebab perkembangan terbaru COVID-19 di negara ini, perlawanan terakhir Liga Super antara Sabah dengan UiTM FC terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Perlawanan tersebut dijadual berlangsung Sabtu ini di Stadium Likas.

Tapi kita semua tahu kan Sabah merupakan zon merah COVID-19 sebab peningkatan mendadak kes positif di negeri itu dan PKPB telah dilaksanakan di beberapa daerah, sebab tu lah perlawanan ini ditunda.

Aksi Perak bertemu Kedah dan Terengganu FC berdepan Pahang yang seharusnya dilangsungkan pada Sabtu ini pula dipinda ke hari Ahad.

piala malaysia ditunda

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pindaan itu berdasarkan perlawanan tersebut membabitkan pasukan yang sedang merebut tempat ke-2 Liga Super yang turut menawarkan slot ke saingan Piala AFC musim depan.

Pindaan semua perlawanan ini menyebabkan undian saingan Piala Malaysia yang dijadualkan pada 12 Oktober ini terpaksa ditunda ke 19 Oktober.

Disebabkan pandemik COVID-19 ini juga, format saingan Piala Malaysia tahun ini terpaksa diubah.

16 pasukan yang akan bertanding, 11 daripada Liga Super dan 5 daripada Liga Premier akan beraksi dalam format kalah mati secara 1 pusingan dan tiada lagi aksi peringkat kumpulan.

Oleh : Karami Kamel