Perlu Ke Nak Basuh Barang Yang Dibeli Dengan Air Sabun?

perlu ke nak basuh barang yang dibeli dengan air sabun?

Buat masa sekarang ni, memang ramai yang panic akan dengan keadaan semasa. Bagaimanapun, tak usah terlalu risau untuk lakukan panic buying sebab kerajaan dah pun jamin bahawa makana asa cukup je untuk semua.

Sangat faham kalau nampak di social media ramai juga yang membasuh barangan yang baru dibeli dengan air sabun dan sebagainya. Tetapi, menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abdin, Dr Safiya Amaran berkata risiko jangkitan melalui barang atau benda benda adalah lebih rendah dibandingkan dengan orang.

Manakala Pakar Mikrobiologi berkata tindakan itu disifatkan sebagai keterlaluan. Most importantly korang kena faham cara Kuman Covid-19 berjangkit ni macam mana actually. Cara utama adalah melalui rembesan cecair badan contohnya semasa bercakap, bersin dan batuk. Cara kedua adalah melalui tangan yang tercemar dengan virus dan kemudian memegang mata, hidung dan mulut.

Membasuh bahan mentah dengan sabun memang tidak digalakan tak pasal pasal tertelan sabun dan mengakibatkan loya, muntah dan cirit birit. Sanitise barang dapur pun tidak sesuai kerana cecair bahan kimia itu boleh merosakkan makanan.

Jadi, tak perlu terlalu extreme nak cucikan barang basah yang baru dibeli tu. Basuh je macam biasa dan pastikan bersih. Itu sahaja. Yang penting, korang kena selalu kerap basuh tangan.

Sumber: mingguanwanita

Oleh: Khalie Azmi