Perkahwinan Bernilai RM128 Juta Tinggal Kenangan, Pasangan Selebriti China Bercerai Selepas 7 Tahun Berkahwin

Pasangan selebriti China, Huang Xiaoming, 44, dan Angelababy, 32, mengesahkan bahawa mereka telah bercerai selepas tujuh tahun perkahwinan.

perkahwinan bernilai rm128 juta tinggal kenangan, pasangan selebriti china bercerai selepas 7 tahun berkahwin

Mereka bagaimanapun membawa haluan secara baik dan akan membesarkan anak mereka yang berusia lima tahun bersama-sama.

“Bersyukur atas sejarah yang lepas, kami masih keluarga pada masa akan datang,” kata pasangan itu menerusi entri di Weibo pada Jumaat lalu.

Huang dan Angelababy atau nama sebenar Angela Yeung mula bercinta kira-kira 11 tahun lalu sebelum mengumumkan hubungan mereka pada 2014.

Mereka kemudian berkahwin pada 2015 dan dikurniakan anak sulung, Little Sponge pada Januari 2017.

Perkahwinan pasangan itu pernah menjadi perhatian dunia berikutan menelan belanja mewah iaitu sekitar AS$31 juta (RM128 juta).

Dalam acara tersebut, pasangan itu menjemput 2,000 orang tetamu untuk menjadi saksi penyatuan mereka.

Turut menjadi sorotan apabila kek perkahwinan setinggi 2.5 meter dari acara itu mengambil masa sebulan untuk dihasilkan hanya untuk majlis terbabit.

Angelababy yang digelar sebagai Kim Kardashian China itu menyarung busana ball gown rekaan Dior yang menggunakan 35 meter fabrik satin dan 51 meter tulle serta mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.

 

Sumber: [1]