Pentingnya Pakai Makeup Remover Walaupun Tak Pakai Makeup

pentingnya pakai makeup remover walaupun tak pakai makeup

Kebiasaannya orang akan pakai make up remover selepas menggunakan make up. Memang sebetulnya make up remover adalah untuk menghilangkan make up sepenuhnya pada muka especially selepas berjam jam memakai make up.

Tapi korang tahu tak bahawa make up remover perlu di apply walaupun tidak memakai sebarang make up?? WHYYYYY..

Kerana kulit muka kita terdedah pada pelbagai kotoran seperti udara yang tercemar, debu, kotoran pada sentuhan dan sebagainya. Mencuci tidak dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori kulit muka. Jika tidak dibersihkan dengan betul mulalah kotoran akan terkumpul di dalam liang pori-pori dan menyebabkannya tersumpat. Apabila tersumbat timbullah masalah JERAWAT!

Itu sebabnya make-up remover sangat penting untuk dijadikan sebagai salah satu produk penjagaan muka yang wajib anda miliki.

KEBAIKAN Make-up Remover

Menyingkirkan sisa kosmetik yang dipakai Membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan kulit muka

Membersihkan pori-pori dengan lebih efficient agar tidak tersumbat

Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, blackhead atau whitehead

Menyingkirkan sel-sel kulit mati. Ini secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel-sel baru

Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori-pori tidak tersumbat.

Waktu yang sesuai untuk menggunakan make-up remover

Sebelum Tidur

Untuk menanggalkan segala kotoran yang melekat atau sisa alat kosmetik yang digunakan pada waktu siang.

Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.   Selepas bangun tidur tidur malam. Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka. *Kulit kita aktif melakukan aktiviti pernafasan pada waktu malam*

Selepas Bangun Tidur

Untuk menanggalkan minyak dan peluh yang keluar pada permukaan kulit semasa tidur malam.

Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.

*Kulit kita aktif melakukan aktiviti pernafasan pada waktu malam*

Oleh: Khalie Azmi