Sekumpulan pengkaji dari Harvard School of Public Health (HSPH) telah menemui satu perkara unik tentang kopi.
Berdasarkan kajian mereka mengenai kopi, mereka mendapati minuman berkafein itu dapat membantu mengurangkan risiko untuk membunuh diri. Wow, hebat juga ya kesan kopi ni.
Kajian ni legit tau sebab hasil kajian ni korang boleh baca di dalam The World Journal of Biological Psychiatry pada 2 Julai yang lalu.
Hasil data mereka mendapati orang dewasa yang minum kopi dua hingga empat cawan sehari dapat mengurangkan risiko untuk melakukan perkara tersebut.
Antara hujah yang diberikan adalah kafein tidak merangsang sistem saraf tetapi munkin boleh bertindak sebagai antidepressant dengan menggalakkan penhasilan neurotransmitters pada otak.
Sumber: Harvard