Pengasas Abstrax Berkongsi Strategi Jenama Lokal Itu Sewaktu PKP Baru-Baru Ini

pengasas abstrax berkongsi strategi jenama lokal itu sewaktu pkp baru-baru ini

Abstrax merupakan sebuah jenama pakaian lokal yang telah diasaskan pada tahun 2008. Sehingga hari ini, Abstrax telah mempunyai dua segmen iaitu Abstrax Jingga di mana segmen ini memfokuskan pakaian harian atau dailywear. Manakala, Abstrax Max pula memfokuskan kepada pakaian sukan atau sport wear.

Walaupun sudah satu dekad dalam bidang perniagaan, namun jenama ini turut terkesan sewaktu dunia diancam virus COVID-19. Oleh itu, SYOK telah menembual dengan pengasas jenama ini, Fahmi Fabilah.

Menurut Fahmi, biarpun sales Abstrax meningkat sewaktu PKP baru-baru ini namun mereka turut mengalami kesukaran dari segi production. Tetapi, strategi mereka adalah dengan menyediakan koleksi untuk tiga hingga empat bulan mendatang.

“Dari segi production, kitorang ada terjejas. Tapi tak terlalu teruk sebab kitorang dah ada 3 hingga 4 bulan collection yang dah ready untuk release” Ceritanya dalam video penuh SYOK Sapot Lokal.

Jadi, kalau korang nak tahu lagi apa perancangan Fahmi untuk Abstrax korang kena lah tengok video SYOK Sapot Lokal di aplikasi SYOK!