Pemuda Di Indonesia Ini Disebut-Sebut Mirip Cristiano Ronaldo Gara-Gara Senyumannya

Gara-gara rupa parasnya yang menyerupai pemain bola sepak bertaraf dunia, Cristiano Ronaldo, seorang pemuda di Indonesia ini meraih begitu banyak perhatian daripada ramai netizen yang tertarik padanya.

pemuda di indonesia ini disebut-sebut mirip cristiano ronaldo gara-gara senyumannya

Pemuda itu pertama kali tular menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik pada akaun @/hobss_99.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pemuda yang sedang bertugas sebagai penjaga di salah sebuah masjid di Indonesia itu tersenyum sendiri ketika melihat orang yang merakamnya sambil berpakaian baju Melayu.

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 7.5 juta kali dengan ada yang mengatakan pemuda tersebut persis pemain Manchester United itu ketika beraya.

Pemuda terbabit juga sempat dihubungi media tempatan di Indonesia yang mana namanya dikenal pasti sebagai Agus Habibi Dalimunthe yang juga mesra disapa Agus.

Kongsi Agus, dia kini sedang menuntut pelajaran di salah sebuah bandar di Indonesia iaitu Jambi.

“Saya belajar di Jambi. Kebetulan saya tinggal di masjid sebagai penjaga, jadi saya dapat mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Lanjut Agus, video tersebut sebenarnya dirakamkan oleh rakan sekelasnya.

Dia bahkan, sering disebut-sebut serupa dengan Cristiano Ronaldo oleh netizen.

“Video itu dirakam oleh rakan saya, namanya Rafli, dan pada akaun TikToknya, dia sekelas dengan saya tetapi dalam program pengajian yang berbeza. Sejak 8 September, posting di TikTok, ramai yang mengatakan ia serupa dengan Ronaldo,” kata Agus.

Ketika ditanya sama ada dia berasa seperti Ronaldo, pemuda berusia 22 tahun itu mengaku malu untuk menjawab.

“Ramai yang mengatakan senyumannya sama,” katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Agus mengaku bahawa dia cukup mengagumi Ronaldo sejak pemain tersebut pertama kali menyertai Manchester United pada 2003.

“Selain kemahiran bermain yang bagus, dia juga terkenal dengan ketampanan dan figurannya yang rajin. Itu yang membuatkan saya mengaguminya,” ujarnya.

 

Sumber: [1]