Pemilik Suara Nobita Pertama Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung

Dunia animasi sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan berharga apabila pemilik suara pertama watak Nobita dalam siri kartun Jepun Doraemon, Yoshiko Ota, menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini akibat kegagalan jantung.

pemilik suara nobita pertama meninggal dunia akibat penyakit jantung

Mendiang meninggal dunia di usia 89 tahun di sebuah hospital di wilayah Kanagawa Jepun pada 29 Oktober.

Bagaimanapun, kematiannya hanya diumumkan pada 8 Nobember oleh syarikat pengurusannya iaitu The Theatre Echo Company.

Ota merupakan pemilik pertama suara Nobita pada 1973.

Selain itu, mendiang juga pernah meminjamkan suaranya kepada pelbagai watak anime ikonik lain seperti Leo dalam 1966 Jungle Emperor Leo, Atsuko Kagami dalam 1969 Himitsu No Akko-chan dan Baby Panda dalam Panda! Go, Panda!

Dilahirkan pada 25 April 1932, mendiang turut pernah menyertai teater muzikal Takarazuka Revue yang mana dia bertemu dengan pasangannya yang juga pelakon suara, Osamu Saka.

Pada 2016, Ota merangkul Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Festival Anime Tokyo atas sumbangannya terhadap karya animasi.

 

Sumber: [1]