Mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris yang batuk dengan sengaja di hadapan pemain lain boleh dikenakan kad merah dan dibuang padang. Bukan itu sahaja, mereka juga akan berhadapan dengan tindakan polis.
Undang-undang ini telah digubah oleh FA sendiri dan akan dilaksanakan serta merta. Peraturan ini memerintahkan pengadil memberi kad merah kepada mana-mana pemain yang jelas dan sengaja batuk di hadapan pemain lain.
Peraturan ini ditetapkan kerana batuk dengan sengaja juga dianggap seperti serangan fizikal. Dari segi penjarakan sosial pula, pengadil tidak bertanggungjawab untuk perkara itu saat pemain meraikan jaringan.
Selain itu, pengadil juga tidak boleh menghukum pemain yang meludah.
Sumber: Berita Harian