Pelancong Serbu Pusat Akuarium Di Wuhan Selepas Dibuka Secara Percuma

pelancong serbu pusat akuarium di wuhan selepas dibuka secara percuma

Keadaan penularan COVID-19 di seluruh dunia masih berada di tahap membimbangkan apabila jumlah kes positif telah mencapai 20 juta kes.

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah Pusat Akuarium di Wuhan telah membuka operasinya secara percuma kepada orang ramai. Kesannya, para pelancong mula menyerbu pusat akuarium tersebut.

Apa yang membimbangkan adalah kawasan tersebut merupakan tempat di mana virus ini mula tersebar di seluruh dunia. Melihat kepada gambar yang tersebar dan dikongsikan oleh Daily Star, tiada penjarakan fizikal dan sosial yang diamalkan oleh pengunjung.

Tempat tersebut dikenali sebagai The Wuhan Polar Ocean Park di mana ia merupakan tempat kelima terbesar tarikan pelancong ke kawasan itu. Pusat akuatik itu memaparkan dan mempamerkan kehidupan laut artik.

Sumber: Daily Star