Pelakon Filem Harry Potter, Paul Ritter Meninggal Dunia

Pelakon siri filem Harry Potter, Paul Ritter dilaporkan meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat tumor otak.

pelakon filem harry potter, paul ritter meninggal dunia

Mendiang dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri tercinta dan anak-anaknya.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan wakil mendiang, “Paul ialah seorang pelakon yang sangat berbakat dalam memainkan pelbagai peranan di pentas dan layar perak. Dia sangat cerdas, baik dan sangat lucu. Kami akan sangat merindukannya.”

Sepanjang hayatnya, Ritter pernah muncul dalam pelbagai francais Hollywood yang meletup dan antaranya termasuklah karakternya sebagai Eldred Worple menerusi adaptasi filem Harry Potter and the Half-Blood Prince pada 2009.

Selain itu, mendiang turut pernah terlibat dalam siri filem James Bond, Quantum of Solace pada 2008.

 

Sumber: [1]