Pelakon Korea, Son Ye Jin Diiktiraf Sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia

pelakon korea, son ye jin diiktiraf sebagai wanita paling cantik di dunia

14 juta undi bersetuju menyatakan Son Ye Jin, pelakon Crash Landing on You sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020.

Berdasarkan laman web Starmometer, kategori itu dibuka kepada semua wanita di seluruh dunia. Mereka berumur di antara 20 hingga 40 tahun.

Bukan sahaja kecantikan yang diukur, tetapi daya tarikan dan juga populariti turut diambil kira untuk dicalonkan.

 

Undian tersebut telah dibuka selama sebulan dan Ye Jin, berjaya mengalahkan tiga calon lain yang sangat popular iaitu Lisa BLACKPINK, Tyuzu TWICE dan pelakon Thailand, Urassaya “Yaya”Sperbund.

10 lagi wanita yang tersenarai ialah Song Hye Kyo, tiga lagi anggota BLACKPINK iaitu Jisso, Rose dan Jennie, Sana TWICE, bintang K-Pop dari India, Priyanka Mazumdar dan juga seorang pelakon dari Filipina, Liza Soberano.

Sumber: Astro Awani