Pelajar IPT Kini Boleh Membuat Swab Test Secara Percuma

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa pelajar IPT yang bakal kembali ke kampus untuk menjalani sesi pembelajaran secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dikecualikan daripada membayar ujian pengesanan Covid-19.

pelajar ipt kini boleh membuat swab test secara percuma

Usaha tersebut dibuat atas dasar prihatin KKM terhadap golongan pelajar yang mengalami kekangan untuk membayar kos menjalani ujian pengesanan virus Covid-19 selain tekad dalam mengekang penularan virus terbabit.

Berikut merupakan syarat-syaratnya:

  1. Pelajar dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia ke Sabah;
  2. Pelajar dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  3. Pelajar dari Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan ke Sarawak.

Bermula 1 Mac 2021, seramai 18, 600 orang pelajar dijangka bakal memulakan pengajian secara bersemuka.

Sehubungan dengan itu, sebanyak RM 2.79 juta bakal ditanggung oleh Kementerian sekiranya ujian pengesanan tersebut dibuat di fasiliti KKM.

Semalam, Malaysia melaporkan sebanyak 2, 063 kes, 5 kematian baru, dan kes aktif 23, 161.

 

Sumber: Facebook KKM