Pelajar Diarah Pakai Kotak Di Kepala, Elak Meniru Dalam Peperiksaan

Seorang guru mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk memakai kotak di kepala untuk mengelakkan daripada mereka meniru dalam peperiksaan.

Difahamkan, insiden ini berlaku di Mexico. 

pelajar diarah pakai kotak di kepala, elak meniru dalam peperiksaan

Tindakan guru itu mendapat tentangan ibu-bapa pelajar. Mereka mendakwa tindakan itu memalukan serta melanggar hak asasi pelajar-pelajar dan mereka mahu guru terbabit dipecat.

Gambar ketika guru tersebut menjaga dewan peperiksaan menjadi viral selepas ibu-bapa pelajar memuat naik gambar tersebut di media sosial.

Bagaimanapun, netizen memuji tindakan guru berkenaan kerana menggunakan kaedah yang berkesan untuk mengelakkan aktiviti meniru semasa menduduki peperiksaan.

Ini bukan kali pertama teknik anti-penipuan digunakan. Pada tahun 2013, pelajar-pelajar Thailand diarahkan untuk menggunakan "helmet" yang diperbuat daripada kertas.

pelajar diarah pakai kotak di kepala, elak meniru dalam peperiksaan

Sumber