Panggung Wayang Pandu-Masuk, Layan Movie Dari Kereta Sendiri

panggung wayang pandu-masuk, layan movie dari kereta sendiri

Memandangkan COVID-19 ni masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk berkurangan terutama di negara Eropah, maka banyaklah pusat hiburan seperti panggung wayang ditutup.

Bagamanapun, itu langsung tidak menghalang untuk berhibur. Ini kerana sekarang ni dah ada konsep panggung wayang dari kereta korang. The Drive-In telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan panggung wayang berkonsepkan pandu masuk.

Kiranya, korang boleh tengok wayang dari skrin besar dari dalam kereta korang je. So, boleh lah bawak selimut, makanan atau popcorn sendiri. Mungkin korang rasa benda ni main-main tapi sebenarnya mereka akan menjelajah ke 12 bandar di UK pada musim panas ini.

Ideanya, mereka akan memasang skrin LED dan untuk sistem tiket pula akan dikenalpasti melalui no plat kenderaan. Bukan tu je, setiap kenderaan juga akan dijarakkan dua meter dan tidak dibernarkan melakukan sebarang sentuhan.

Wow, idea yang menarik. Mungkin benda ni pun boleh apply dekat negara kita.

Sumber: Time Out