Bagi peminat buku, korang mesti ada buku yang rare atau limited edition kan? Kalau ada, simpan lah baik-baik sebab mana tahu benda tu akan menjadi sangat bernilai pada masa hadapan.
Contohnya, buku Harry Potter edisi kulit keras pertama tulisan JK Rowling ni. Novel ini telah dilelong dan terjual dengan harga £33,000 (RM176,975.86) secara atas talian.
Berdasarkan laporan BBC, Novel Harry Potter and The Philosopher’s Stone ini dijumpai oleh seorang cikgu 12 tahun yang lalu. Beliau terjumpa novel berkulit keras dan juga dua edisi pertama kulit lembut.
Menurut pelelong buku ini yang menamakan dirinya Hansons, sebelum novel tersebut dilelong harga anggarannya adalah £ 8,000- £ 12,000 (RM42,888 - RM64,347). Ini kerana terdapat beberapa kerosakan pada buku itu.
“Ia dibeli oleh seorang pembeli di London selepas pertempuran lelong yang tegang.
“Sangat mengagumkan apabila melihat buku-buku Harry Potter ini mendapat sambutan yang amat baik dan mencetuskan tawaran sengit,” katanya.
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapalah harga lelongan sangat tinggi. Sebenarnya, buku edisi kulit keras ni hanya ada 500 je untuk cetakan tahun 1997. Sebab itu lah harga buku ni sangat tinggi.
Jadi pengajarannya, selalu lah baca dan simpan buku-buku yang rare.
Sumber: Astro Awani