Nama EURO 2020 Tetap Dikekalkan Walaupun Diadakan Pada Tahun 2021

nama euro 2020 tetap dikekalkan walaupun diadakan pada tahun 2021

Pihak UEFA menyatakan bahawa mereka akan tetap mengekalkan nama EURO 2020 walaupun pertandingan bola sepak terbesar Eropah itu bakal diadakan pada tahun 2021.

Buat masa ini, pihak UEFA telah menangguhkan ke semua perlawanan selama setahun akibat daripada penularan wabak COVID-19.

"Susulan penangguhan Euro 2020 yang dijadualkan musim panas ini kepada tahun depan serta dinilai menerusi beberapa perbincangan, pihak Jawatankuasa Eksekutif membuat keputusan untuk kekal dengan nama UEFA Euro 2020," kata wakil badan itu.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan UEFA meneruskan visi asal kejohanan tersebut iaitu meraikan ulang tahun yang ke-60 Kejohanan Eropah.

Bukan itu sahaja, sekiranya nama diubah segala-galanya perlu dicipta semula dan akan mengakibatkan pembazairan.

Sepatutnya, Euro 2020 dijadualkan berlangsung pada 12 Jun sehingga 12 Julai tahun ini. Bagaimanapun, acara tersebut telah ditangguhkan sehinggan 11 Jun tahun hadapan.

Sumber: Astro Awani