Nak Legakan Batuk Dan Sakit Tekak Ikut Cara Ini. Mudah!

nak legakan batuk dan sakit tekak ikut cara ini. mudah!

Batuk kering memang perit dan kebiasaannya ia berlaku pada waktu malam dan pagi hari. Bukan saja kita rasa tak selesa tetapi juga akan rasa sakit di bahagian dada dan perut. Kalau macam ni confirm tidur akan terganggu. Guys jangan risau jangan panic, try petua orang lama ini untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

  1. Mandi dengan air yang hangat (panas) memang sangat melegakan dan digalakkan bagi sesiapa yang batuk berpanjangan. Wap panas melonggarkan sinus dan melancarkan system pernafasan dengan baik.

 

  1. Kalau korang mempunyai batuk berpanjangan, make sure sebelum tidur tu, tinggikan posisi bantal kerana posisi kepala yang tinggi membuat lendir tekak dan hidung tidak tersumbat.

 

  1. Kalau korang nak tahu, buah badam dikatakan penawar batuk kerana kelembapannya yang membantu melegakan sakit tekak. Hanya dengan merendamkan buah badam dalam air dan campurkan sedikit mentega sehingga menjadi paste. Makan dan amalkan sehari 3 kali.

 

  1. Satu sudu kicap dicampur dengan perahan sebiji limau nipis dan minum. Amalkan setiap hari. Cara ini agak berfungsi.

 

  1. Tidak dinafikan, madu boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Ia bukan saja melembapkan tekak tetapi juga mengurangkan rasa gatal-gatal pada tekak. Amalkan setiap hari sesudu madu campurkan setenggah gelas air suam dan minum. Kalau ada lemon boleh perah sedikit ke dalam campuran itu.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: siraplimau