Nak Kurangkan Panau? Ini Tips Yang Boleh Membantu Korang

nak kurangkan panau? ini tips yang boleh membantu korang

Panau atau nama saintifiknya ‘tinea versicolor’ adalah sejenis jangkitan kulat yang disebabkan oleh kulat yang nama saintifiknya genus Malassezia. Jangkitan ini kebiasaannya akan terjadi kepada individu yang mendiami Kawasan tropika dan sub tropical serta boleh berlaku kepada haiwan.

Punca berlakunya panau adalah daripada kulit yang berminyak, penghasilan peluh yang berlebihan, system imun yang tidak kuat, cuaca panas dan lembab, kurang menjaga kebersihan diri dan kerap memakai pakaian yang lembab atau basah. Jangan risau ! kerana panau boleh dirawat dengan menggunakan :

Buah pinang

nak kurangkan panau? ini tips yang boleh membantu korang

Sapukan air perahan buah pinang pada bahagian panau dan amalkan.

 

Halia

nak kurangkan panau? ini tips yang boleh membantu korang

Tumbuk satu inchi halia dan tepek pada bahagian yang kena panau. Biarkan selama setengah jam dan basuh dengan bersih.

 

Daun kesum dan minyak tanah

nak kurangkan panau? ini tips yang boleh membantu korang

Campurkan segenggam daun kesum dan minyak tanah. Sapukan pada bahagian panau dan amalkan setiap hari.

 

 

Lengkuas

nak kurangkan panau? ini tips yang boleh membantu korang

Tumbuk lengkuas dan ambil perahan airnya. Sapukan air lengkuas pada bahagian yang berpanau.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: carahilangkanpanau