Berita Rafael Nadal menang kejohanan tennis gelanggang tanah liat ni bukan perkara baru, lebih-lebih lagi di Roland Garros.
Jadi, kita tak terkejut pun bila Nadal kalahkan pemain nombor 1 dunia, Novak Djokovic dengan straight set untuk menjuarai edisi tahun ini.
Tapi, ini merupakan kali ke-13 dia menang kejohanan tersebut dalam tempoh 16 tahun! Apa orang lain memang tak nak menang ke kejohanan ni? Grand Slam kot!
Nadal muncul juara tahun ini tanpa kalah 1 set pun sepanjang kejohanan.
Ini juga merupakan kali ke-3 Nadal kalahkan Djokovic pada pentas final Roland Garros.
Nadal ni jugak tak pernah kalah kalau berjaya mara ke separuh akhir dan final iaitu sebanyak 13 kali.
Demi membuktikan betapa hebatnya Nadal di Roland Garros, dalam 102 perlawanan, dia hanya kalah 2 kali je!
Kekalahan pertama dia pada 2009 apabila tewas kepada Robin Soderling pada pusingan ke-4 manakala kekalahan keduanya hadir pada 2015 di tangan Djokovic pada peringkat suku akhir.
Ada satu ketika Nadal terpaksa tarik diri daripada pusingan ke-3 Roland Garros ni iaitu pada 2016. Tapi dia tarik diri sebelum turun beraksi jadi tak kalah kiranya.
Ok, apa yang istimewa sangat kemenangan Nadal kali ni?
Haa, untuk pengetahuan korang, kemenangan kali ini adalah kemenangan Grand Slam ke-20 dalam karier Nadal. Dia kini miliki gelaran Grand Slam yang sama dengan seteru utamanya, Roger Federer!
Sebaik Nadal muncul juara edisi Roland Garros kali ini, Federer terus ucapkan tahniah kepada Nadal menerusi akaun Twitternya.
Nadal kini berusia 34 tahun, rasa-rasa korang mampu ke dia menang 1 lagi gelaran Grand Slam untuk jadi pemain tennis lelaki dengan gelaran Grand Slam terbanyak?
Oleh : Karami Kamel