Kulit kita berfungsi sebagai perlindungan dan menapiskan sebarang bahan asing (kotoran) daripada memasuki liang pori. Kotoran akan berakhir pada permukaan kulit, jadi ia sangat penting untuk kita menjaga kulit pada tahap kesihatan yang optimum. Scrubbing atau dipanggil sebagai pengelupasan (exfoliate) harus dilakukan setiap hari kerana kita terdedah pada sinaran UV pada setiap masa dan ini akan menyebabkan kulit rosak, kelihatan kusam, kering dan tidak berseri.
Mudah je nak buat skrub sendiri, just gunakan bahan semula jadi yang dah ada kat dapur rumah korang. Bahan bahan yang diperlukan adalah:
- 1 hiris kunyit hidup
- Beras secukupnya
- Sedikit pes asam jawa
Mula-mula kisar ketiga-tiga bahan tersebut menggunakan pengisar kering. Make sure jangan terlalu kasar dan jangan terlalu halus. Kemudian campurkan pes asam jawa (bukan airnya). Campuran pes asam jawa ini boleh dicampurkan kalau nak guna sahaja. Skrub ini boleh disimpan dalam seminggu kalau tidak kulat lagi. Gaulkan kesemua bahan ini dan tengok testurenya. Boleh buang daki kaki dan kulit mati. Selamat mencuba guys!!
Sumber-: Mingguan Wanita
Oleh: Khalie Azmi