MetMalaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Empat Negeri Ini

Berikutan hujan lebat dijangka akan berterusan di banyak kawasan sekitar Semenanjung dan Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya.

metmalaysia beri amaran hujan berterusan tahap bahaya di empat negeri ini

Status amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 4.45 pagi itu berkuat kuasa sehingga hari ini dikeluarkan untuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Daerah di Kelantan yang dikenal pasti mengalami hujan lebat berterusan tahap bahaya adalah Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli manakala di Terengganu pula melibatkan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Hujan lebat berterusan juga dijangka berlaku di Pahang di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin yang mana situasi sama turut dijangka berlaku di Johor iaitu di Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan iaitu di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta Terengganu di daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Ini turut melibatkan negeri Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera serta Johor di daerah Segamat dan Kluang sehingga Sabtu 1 Januari 2022.

 

Sumber: [1]