Mata Buta Sekejap Selepas Seminggu Warnakan Rambut

Malang tak berbau, betullah tu. Seorang gadis berusia 24 tahun berkongsi pengalaman, buta sekejap selepas seminggu mewarnakan rambut akibat alahan yang teruk.

mata buta sekejap selepas seminggu warnakan rambut

Kejadian yang berlaku empat tahun lepas, berlaku di Milton Keynes, Buckinghamshire, England.

Difahamkan, Steph O’Dell pergi ke salun untuk mewarnakan rambut sempena hari jadi adiknya.

Bagaikan satu mimpi ngeri, selepas seminggu mewarnakan rambut lehernya mula gatal-gatal, wajahnya menjadi tiga kali ganda bengkak, matanya buta sementara dan wajahnya sakit-sakit kesan alahan yang dialami.

mata buta sekejap selepas seminggu warnakan rambut

mata buta sekejap selepas seminggu warnakan rambut

Menerusi laporan The Sun, sebelum mewarnakan rambut dia telah membuat ujian alahan, namun tiada reaksi alahan yang timbul.

Dia dimasukkan ke hospital selama 5 hari dan dia diberikan steroid.

Pihak medik memberitahunya, bahawa ia adalah tindak balas alahan yang paling teruk mereka pernah lihat.

Katanya, dia tidak akan lagi mewarnakan rambut selepas ini.

mata buta sekejap selepas seminggu warnakan rambut

mata buta sekejap selepas seminggu warnakan rambut

mata buta sekejap selepas seminggu warnakan rambut