Lebih 100 Si Bulu Dilaporkan 'Bersalah' Atas Kejadian Kebakaran Di Korea Selatan

Jabatan bomba Seoul telah melaporkan seratus kebakaran yang dimulakan oleh kucing di rumah penduduk Korea Selatan dalam tempoh tiga tahun terakhir.

lebih 100 si bulu dilaporkan 'bersalah' atas kejadian kebakaran di korea selatan

Di Seoul, haiwan berbulu itu dipercayai bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 107 kebakaran dalam tempoh tiga tahun lalu seperti mana yang dilaporkan oleh Jabatan Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul pada 30 Disember 2021.

Bukan itu sahaja, anggota bomba bandar itu juga melaporkan senario berulang yang mana kebakaran tersebut sering kali bermula akibat haiwan itu berlari di atas permukaan elektrik dapur.

Hampir separuh daripada jumlah kemalangan yang dilaporkan, kira-kira 52 daripadanya dicetuskan oleh haiwan itu ketika pemiliknya tiada di rumah.

Chung Gyo Chul, pegawai jabatan tersebut memberi amaran dalam satu kenyataan bahawa, “Kebakaran berkaitan kucing terus dilaporkan hari ini. Kami menasihati isi rumah yang mempunyai haiwan peliharaan supaya memberi perhatian lebih kerana api boleh merebak secara meluas apabila tiada sesiapa di rumah.”

 

Sumber: [1]