Lapisan Ozon Bumi Kembali Tertutup Beri Harapan Kepada Bumi Untuk Terus Hidup

lapisan ozon bumi kembali tertutup beri harapan kepada bumi untuk terus hidup

Semenjak dunia dilanda wabak COVID-19, banyak aktiviti manusia terpaksa diberhentikan. Industri yang menyebabkan pencemaran pun turut diberhentikan. Perkara tersebut memberi impak yang positif kepada bumi. Hasilnya, lubang besar lapisan ozon di kawasan Artik telah kembali tertutup.

Agensi Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) Pusat Ramalan Cuaca Eropah (ECMWF) telah mengesahkan akan perkara itu.

Pertama kali para saintis mengenal pasti akan kebocoran atau lubang ozon berkenaan adalah pada bulan Mac tahun ini. Mereka menyedari kejadian itu apabila keadaan atmosfera berada dalam keadaan luar biasa.

Bagaimanapun, saintis memaklumkan bahawa penutupan lubang itu tidak berkait dengan aktiviti perindustrian yang menyebabkan pencemaran. Namun, pusaran kutub dan nilai altitude yang tinggi telah menyebabkan lubang tersebut tertutup.

Kalau korang tak tahu, lapisan ozon ni melindungi manusia daripada sinaran UV yang menjadi punca kepada kanser kulit.

Pada tahun 1970-an, saintis pernah menyatakan bahawa lapisan ozon semakin menipis berpunca daripada aktiviti manusia. Perkara tersebut memberi ancaman terhadap kehidupan di muka bumi.

Sumber: Astro Awani