\
Sebut je Fazura pasti semua orang akan terlints akan figura yang serba boleh. Malah, tak lama lagi isteri kepada pelakon terkenal Fattah Amin ini juga akan menjadi seorang ibu.
Selain perkembang tersebut, Fazura juga telah mencipta rekod tersendiri apabila lagunya Can’t Forget Me telah distrim sebanyak tujuh juta kali di seluruh platform. Wow!
Kalau korang nak tahu lagu ni direkodkan bersama penerbit Willy Beaman dan penyanyi serta penulis lirik Cameron Forbes di Los Angeles. Lagu tersebut mendapat perhatian ramai dan telah mendominasi carta-carta muzik di beberapa platform.
“Saya berasa sangat berbesar hati dengan sokongan daripada para peminat saya dan juga pihak Universal Music Malaysia,” kata penyanyi yang bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. “Lagu ‘Cant’ Forget Me’ ini semestinya menjadi lagu kegemaran saya dan sentiasa menjadi pembakar semangat saya apabila berhadapan hari-hari yang sukar.”
“Saya tidak sabar untuk peminat saya mendengar lagu baru saya, sebuah balada Bahasa Melayu, yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, sebelum saya berehat seketika untuk memberi tumpuan kepada keluarga saya,” tambahnya.
Whoaaa tahniah Fazura!