Meremang Bulu Roma Dengar Kisah MALBATT1 Di Somalia Dalam SYOKCast Belang Harimau Besi

meremang bulu roma dengar kisah malbatt1 di somalia dalam syokcast belang harimau besi

Pernah tak korang dengar kisah sepasukan tentera dari Malaysia Batallion 1 (MALBATT 1) pergi ke Somalia untuk menjalankan misi keamanan di bawah PBB?

Kisah ini sebenarnya terjadi pada 27 tahun lalu dan SYOKCast dengan bangganya membawakan kisah tersebut dalam siri podcast orginal bertajuk Belang Harimau Besi.

Siri SYOKCast ini menceritkan pengalaman Panglima Enam Briged Infantri Malaysia Brig Jen Dato Mohd Halim Khalid (Brig Jen Dato Mohd Halim Khalid) akan pengalamannya dalam berhadapan dengan pertempuran di Bakara Market.

Ada 5 episod kesemuanya dan setiap episode akan memberikan pengalaman yang membara dan penuh semangat patriotik.

Ni tajuk-tajuk siri SYOKCast original

  • Episod 1: Hadirmu Tidak Diundang, Pergimu Tidak Dihalang
  • Episod 2: Langit Sering Beributkan Peluru
  • Episod 3: Militia Umpama Dubuk-Dubuk Liar
  • Episod 4: Gugurnya Wira Bangsa
  • Episod 5: Harimau Besi Gagah Bertaring

Jadi, jom sambut Hari Malaysia dengan lagi bergaya dengan mendengar SYOKCast Belang Harimau Besi. Untuk maklumat lanjut berkaitan siri SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ di www.syok.my atau ikuti SYOK di media sosial Instagram. 

Nah, kami belanja episode 1: