Keluarga Iskandar Diangkat Sebagai Filem Dan Terus Ke Rumah Korang!

keluarga iskandar diangkat sebagai filem dan terus ke rumah korang!

Siapa je yang tak kenal dengan karenah Mak Jah  melayani perangai anak-anaknya kan?

Kalau korang rindu dengan Mak Jah, korang kena bersedia sebab Keluarga Iskandar akan kembali. Tapi kali ini bukan lag siri televisyen tetapi sebuah filem. Wow!

Keluarga Iskandar The Movie merupakan sebuah siri yang paling berpengaruh bagi kategori drama kekeluargaan. Siri ini pernah menerima ‘Siri Televisyen Komedi Terbaik’ bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut.

Biarpun dah diangkat sebagai filem, namun para pelakon uatamanya masih terdiri daripada pelakon-pelakon yang sama.

Kismah Johar sebagai Mak Jah, Dato Hilal Azman sebagai Aziz Iskandar aka Abang Long, Khayrisyah Kemal sebagai Malin, Raja Ema Binti Raja Ibrahim sebagai Huzairah Sobri Anuar sebagai Azman Iskandar aka Abang Ngah, Muhammad Izz Ilham dan ramai lagi.

Jadi, kalau korang rindu dengan Keluarga Iskandar, jangan lupa untuk menyewa filem ini di Astro First saluran 480 bermula 16 Julai ini. Dengan harga RM15, korang boleh menonton dengan ahli keluarga selama 48 jam secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.