Kelantan dijangka tidak mengalami banjir besar pada musim tengkujuh kali ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum ini, negeri tersebut pernah mengalami situasi bencana tersebut sekitar 2014.
Lanjut beliau, ini susulan jumlah taburan terkini hujan yang direkodkan di negeri tersebut adalah sebanyak 1,825mm atau 68 peratus daripada jumlah purata hujan tahunan sebanyak 2,700mm.
“Dalam laporan terakhir yang dimaklumkan kepada saya Jumaat lepas, berdasarkan taburan hujan sedia ada InsyaAllah tidak akan membawa banjir besar.
“Bagaimanapun kita telah sedia membuat persiapan, berusaha dan berdoa kepada Allah SWT kerana antara bumi dan langit itu milik Allah. Kita berusaha untuk mengelak kerosakan besar, seperti yang saya maklumkan tadi taburan hujan tahun ini kemungkinan tidak berlaku banjir besar,” ujarnya.
Sumber: [1]