Kelab EPL Tak Terkesan COVID-19?

kelab epl tak terkesan covid-19?

Kesian dinosaur ni sampai terpaksa dipecat Arsenal dalam usaha mengurangkan kos. Tapi lepas tu Arsenal beli Thomas Partey dengan harga 45 juta pound dari Atletico Madrid.

Sebelum ni kecoh ada kelab EPL yang terpaksa mengurangkan staf mereka kerana kewangan mereka terkesan dengan pandemik COVID-19.

kelab epl tak terkesan covid-19?

Namun, semua tu macam tiada apa apbila kelab EPL membelanjakan 1.26 billion pound pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Sebab ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, ramai menjangkakan sukan bola sepak aka nterkesan teruk dari segi kewangan. 

Ye lah, bila penyokong tak dibenarkan masuk ke dalam stadium kurang lah pendapatan pasukan.

Berbalik kepada perbelanjaan kelab EPL tadi, Chelsea muncul pasukan yang mengeluarkan belanja paling tinggi dengan 231 juta pound.

kelab epl tak terkesan covid-19?

Daripada jumlah tersebut, 72 juta pound digunakan untuk dapatkan penyerang Bayer Leverkusen, Kai Havertz.

kelab epl tak terkesan covid-19?

 

kelab epl tak terkesan covid-19?

Kemudian The Blues mendapatkan penyerang RB Leipzig, Timo Werner dengan harga 47.7 juta pound sebelum mengeluarkan 45.2 juta pound lagi untuk dapatkan pertahanan Leicester, Ben Chilwell.

Pasukan dengan perbelanjaan kedua tertinggi ialah Manchester City dengan hampir 142 juta pound dibelanjakan.

kelab epl tak terkesan covid-19?

City bawa Ruben Dias daripada Benfica dengan harga 61.2 juta pound.

Dengan kemasukan Dias, barisan pertahanan skuad kendalian Pep Guardiola ni bernilai lebih 400 juta pound!

Tottenham pula di kedudukan ke-3 selepas berbelanja hampir 86 juta ringgit dan Manchester United ke-4 dengan lebih 84 juta dibelanjakan.

Menariknya, trend perbelanjaan yang tinggi ni hanya kekal di England sahaja manakala liga Eropah main menyaksikan penurunan perbelanjaan daripada kelab masing-masing.

Jadi, kewangan kelab EPL ni sebenarnya terkesan atau tidak dengan pandemik COVID-19? Atau sekadar wayang je semua ni?

Oleh : Karami Kamel