Kedai Harry Potter Terbesar Di Dunia Dibuka

Ratusan peminat siri Harry Potter, yang juga dikenali sebagai Potterhead beratur panjang di luar bangunan sekitar Lower Manhattan, New York demi menunggu giliran untuk memasuki kedai Harry Potter terbesar di dunia setelah sekian lama penantian.

kedai harry potter terbesar di dunia dibuka

Kedai yang terdiri daripada tiga tingkat itu merupakan yang kedai berkonsepkan Harry Potter yang terbesar di dunia.

Paling menangkap perhatian, mereka yang hadir lengkap berpakaian persis dalam filem tersebut dan sanggup beratur dalam hujan lebat sehingga giliran masing-masing untuk memasuki kedai tersebut tiba.

Kongsi salah seorang peminat yang beratur dalam barisan sesak itu termasuklah Margaret Suarez yang berkata, “Ini benar-benar ajaib.”

kedai harry potter terbesar di dunia dibuka

Ujarnya lagi, dia tiba di kedai itu bersama dengan teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi, iaitu lebih kurang empat jam sebelum kedai tersebut melancarkan operasi pembukaan hari pertamanya. Dia juga menambah, dia sempat membeli tongkat sihir milik penyihir Bellatrix Lestrange (Helena Bonham Carter), yang merupakan salah satu karakter berpengaruh dalam filem bersiri popular itu.

kedai harry potter terbesar di dunia dibuka

Tidak ketinggalan, seorang pemuda bernama Ruben Juarez, 27, sanggup datang jauh dari Dallas, Texas agar tidak ketinggalan untuk merasai sendiri pengalaman fantasi di gedung seluas 21,000 kaki persegi itu.

Katanya, “Kami gembira dapat berada di sini. Saya suka segala-galanya tentang Harry Potter.”

Orang ramai berkumpul di luar kedai sepanjang pagi, turut serta dengan kehadiran beberapa pegawai polis yang dipanggil untuk memastikan ketenteraman dipelihara, sementara para pelanggan menunggu giliran kemasukan tiket mereka.

 

Sumber: [1]