Kalau Korang Cepat Hilang Fokus, Cuba Empat Teknik Ni

kalau korang cepat hilang fokus, cuba empat teknik ni

Pandemik COVID-19 benar-benar menguji kita sebagai manusia. Tak kira lah siapa pun kita pasti semua akan terkesan.

Sebagai remaja yang masih belajar pastinya fokus korang akan terganggu akan akibat ini. Ye lah, banyak benda dan norma baharu yang perlu disesuaikan dari semasa ke semasa.

Seorang doktor falsafah dalam bidang Mayo Clinic, Craig Sawchuk ada mencadangkan empat perkara yang boleh membantu korang untuk kembali fokus.

1) Be flexible

Sekarang ni banyak perubahan yang berlaku. Jadi, kalau korang nak cepat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan korang kena lah jadi fleksibel.

2) Be optimistic

Optimistik ni korang kena sentiasa ada sikap yang positif tentang perkara baru. Jadi, kalau sesuatu tu terjadi dan mungkin tak pernah korang terfikir pun, terima dan belajarlah dengan hati yang terbuka.

3) Be supportive

Korang rasa benda ni nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting iaitu berkerjasama dalam memastikan persekitaran selamat. Mudah je, korang amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup separuh muka dan jaga kebersihan tangan.

4) Be kind

Bersabar lah dalam apa juga keadaan. Dalam keadaan tegang macam ni, mudah je tahap baran meningkat. Tapi, kalau korang rasa marah cepat-cepat tenangkan diri dan fikir dengan waras.

Sumer: PHYS