KKM Kongsi Langkah-Langkah Lindungi Diri Daripada Coronavirus

kkm kongsi langkah-langkah lindungi diri daripada coronavirus

Seperti yang diketahui ramai, buat masa ini tiada vaksin yang mampu mencegah daripada dijangkiti virus Novel Coronavirus atau 2019-nCoV.

Berikut merupakan langkah-langkah melindungi diri dan orang lain daripada Novel Coronavirus yang dikongsikan di  Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Jaga kebersihan

Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.

2. Perkara yang perlu dilakukan jika terpaksa membuat lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak

Anda haruslah menggunakan penutup mulut dan hidung, kerap mencuci tangan atau hand sanitizer. Elakkan dari berada di tempat yang sesak, melawat ladang haiwan atau makan produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

3. Dapatkan rawatan segera

Segera dapatkan rawatan perubatan Selepas pulang dari destinasi dan anda berasa tidak sihat segera dapatkan rawatan perubatan lagi-lagi jika mengalami gejala jangkitan seperti deman, batuk mahupun kesukaranan untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan.

Semoga bermanfaat untuk semua.