Juruterbang ‘Lukis’ Gambar Picagari Di Udara Raikan Penemuan Vaksin

juruterbang ‘lukis’ gambar picagari di udara raikan penemuan vaksin

Seorang juruterbang dari German, Samy Kramer telah terbang 200 kilometer untuk melakar bentuk picagari.

Perkara tersebut dilakukan sebagai usaha untuk meraikan penemuan vaksin COVID-19 baru-baru ini. Selain itu, beliau juga mahu mengingatkan kepada orang awam untuk mengambil vaksin tersebut.

Menurut laporan Metro, beliau telah merancang perjalanan dengan peranti GPS sebelum melakar bentuk picagari di langit.

Bentuk picagari itu muncul pada laman flightradar24. Menurut juruterbang itu, masih ramai yang tidak mahu mengambil vaksin dan beliau mengharapkan usahanya itu akan menyedarkan ramai orang akan kepentingannya.

Sumber: METRO