Umur hanyalah angka kehidupan. Sesuai sangat untuk menggambarkan pasangan yang mula berputih cinta daripada aplikasi dating ini.
Seorang wanita yang sudah menjangkau usia 50 tahun bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda 22 tahun. Wanita tersebut yang berasal dari Carolina Utara tela bertemu dengan pasangannya melalui aplikasi dating popular, Tinder.
Wanita yang dikenali sebagai Sharon Hawkins itu telah berkongsi pengalamannya kepada Daily Mail. Menurutnya, dia mengenali dengan teman lelaki selepas mengurangkan umur pasangan yang dikehendaki kepada 19 tahun ke atas dalam aplikasi itu.
Sharon juga turut bercerita bahawa mereka sering disangka sebagai pasangan ibu dan anak setiap kali keluar bersama. Selain itu, dia turut bercerita lelaki itu lebih muda berbanding tiga orang anak perempuannya.
“Saya dan dia ditakdirkan bersama. Kami tidak pernah kisah apa yang orang lain fikirkan hubungan ini” Katanya.
Sumber: Daily Mail