Jangan Lupakan Kami!

Pandemik Covid-19 ternyata memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita.

Mana nak fikir stok makanan kat rumah, kesihatan orang sekeliling, kerja yang tak menentu.

jangan lupakan kami!

Tapi, sebagai manusia selagi ada tenaga, kita mampu berusaha sehabis baik untuk selesaikan masalah yang ada.

We can do this, guys!

Jom kita fikirkan apa nasib golongan lain, contohnya haiwan-haiwan di zoo yang memang mengharapkan seratus peratus pertolongan kita untuk terus hidup?

Cukup ke bekalan makanan? ubat-ubatan?

Sebab tu Zoo negara tampil mohon bantuan kita semua melalui kempen  'Adopt An Animal' untuk tampung perbelanjaan haiwan-haiwan di sana.

jangan lupakan kami!

Katanya, sekarang ni mereka hanya bergantung kepada sumber kewangan daripada  tabung kecemasan yang boleh bertahan selama tiga bulan je :(

Sebab sumber pendapatan daripada jualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai terjejas dek Covid-19.

jangan lupakan kami!

jangan lupakan kami!

Kalau kita tak boleh bantu dari segi tenaga, apa kata kita bantu haiwan-haiwan di sana dengan sedikit sumbangan.

Ikut kemampuan kita je.

jangan lupakan kami!

jangan lupakan kami!

Ingat, rezeki tak akan pernah berkurang, kalau kita bantu golongan yang memerlukan.

Mana-mana yang nak kongsi rezeki boleh salurkan kat sini ye https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html

Oleh: Izzati Amir