Pelakon ternama Jackie Chan baru-baru ini tampil mengkritik bintang generasi muda dalam sebuah temu bual untuk majlis anugerah.
Tanpa memetik sebarang nama, bintang terkenal Hong Kong itu menggelar mereka sebagai “tidak profesional dan tidak berdedikasi untuk kerja mereka”.
“Saya tidak akan nyatakan siapa itu, tetapi sejak akhir-akhir ini, pelakon kita tidak mahu berpeluh, tidak boleh melakukan aksi wayar, dan tidak boleh melakukan perkara berbahaya,” kata Chan, seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.
“Mereka mahu menunjukkan aksi dan kelihatan baik, namun mereka tidak mahu mengalami sebarang kesusahan.”
Menurut laporan, seniman mempertahankan diri itu menyebut bahawa dia berasa sangat marah apabila mendengar tentang etika kerja beberapa anak muda, yang akhirnya menjejaskan orang lain di set.
Sebagai contoh, apabila mereka sering menjadi “yang terakhir tiba namun yang pertama meninggalkan”.
Bintang terkenal Hong Kong itu berteori bahawa kebanyakan pelakon muda terlalu “dimanjakan” oleh orang di sekeliling mereka sehingga membenarkan mereka untuk “hidup terlalu gembira”.
Walaubagaimanapun, Chan tetap mengharapkan yang lebih baik supaya mereka boleh menghormati dan bertimbang rasa kepada krew terlibat.
Selain itu, beliau turut menambah bahawa seseorang itu perlu bekerja dan terus berdedikasi jika mereka ingin berjaya.
Sumber: [1]