Instafamous Kena Tangkap Dengan FBI Sebab Selalu Tayang Kemewahan

instafamous kena tangkap dengan fbi sebab selalu tayang kemewahan

Memang lah seronok tayang kemewahan di media sosial. Mesti ramai yang teruja dan memuja. Tapi, dalam keasyikkan memaparkan kemewahan jangan korang tak tahu, ada yang memerhati tau.

Baru-baru ni, seorang instafamous yang mempunyai 2.5 juta pengikut di Instagram telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Beliau yang dikenai dengan nama Ray Hushpuppi atau nama sebenarnya Ramon Olorunwa Abbas ‘terkantoi’ selepas asyik menayang kemewahan di media sosial.

Abbas merupakan seorang rakyat Nigeria. Kalau dekat media sosial, Abbas sering memaparkan kemewahan seperti berbelanja barangan mewah dan edisi terhad, mengelilingi dunia dengan menaiki jet peribadi dan juga berkongsi koleksi kereta mewah.

Sifat show-off nya itu telah menarik perhatian pihak FBI untuk menyiasat siapakah dia ni sebenarnya. Ini kerana, dia sering memaparkan kemewahan tapi tidak menunjukkan apa yang beliau lakukan untuk mendapatkan wang.

Selepas 4 bulan pihak FBI menjalankan operasi, akhirnya pihak berkuasa itu berjaya membongkar bagaimana Abbas meraih kemewahan.

Rupa-rupanya Abbas mempunyai sebuah pasukan scammer atas talian di mana mereka menghantar link melalui e-mail palsu kepada beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK.

Melalui e-mail itu, Abbas berjaya memindahkan wang jutaan dollar setiap hari. Selepas mengumpul segala bukti, pihak FBI terus merencana penangkapan Abbas di Dubai.

Akhirnya, Abbas ditahan di rumah mewahnya di Dubai ketika dia sedang tidur.

Sumber: The Vocket