5 Fakta Menarik Tentang Istana Negara 

5 Fakta Menarik Tentang Istana Negara 

5 fakta menarik tentang istana negara

Memandangkan Istana Negara menjadi perhatian dua tiga hari ni jadi kami pun nak kongsilah dengan korang semua beberapa fakta tentang Istana Negara.

1. Istana Negara ada 22 kubah. 2 kubah terbesar mempunyai reka bentuk sirih bertindik. Pada waktu malam, cahaya daripada lampu hiasan akan memberi kesan ilusi yang cantik.

2. Kalau korang masuk ke lobi Anjung utama, korang akan berada di bawah kubah utama. Saiz kubak ini adalah 40 meter tinggi yakni bersamaan 10 tingkat bangunan.

3. Dalam Istana Negara ada chandelier terbesar buatan anak tempatan di Kuala Selangor.

4. Singgahsana yang menjadi tempat Bersemayam Seri Paduka Baginda di Balairong Seri Istana Negara Jalan Tuanku Abdul Halim ini menonjolkan ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran.

5. Istana Negara ada tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Sumber: Portal Istana Negara