Tahukah anda bahawa Indonesia merupakan negara yang mempunyai kepulauan terbesar di dunia?
Ia terdiri daripada lima pulau besar dan sekitar 30 kumpulan yang lebih kecil.
Lima pulau utama yang dimaksudkan itu adalah Sumatera (473, 606 km persegi); Jawa (131, 107 km persegi); Kalimantan, yang merangkumi dua pertiga dari pulau Borneo (132, 107 km persegi); Sulawesi (186, 216 km persegi); dan Irian Jaya (421, 981 km persegi), yang merupakan sebahagian daripada pulau kedua terbesar di dunia, New Guinea.
Berikutan itu, negara yang memiliki populasi lebih kurang 273,523,615 penduduk itu menjadi negara yang punya tiga Zon Waktu Standard berbeza mengikut tempat.
Sumatera, Jawa dan Kalimantan Barat & Tengah berjarak 7 jam lebih awal dari Waktu Min Greenwich (GMT + 7); Bali, Nusa Tenggara, Kalimantan Selatan dan Timur serta Sulawesi berjarak 8 jam lebih awal dari Waktu Min Greenwich (GMT + 8); dan Irian Jaya dan Maluku berada 9 jam lebih awal dari Waktu Min Greenwich (GMT + 9).
Tanah yang paling subur di Indonesia adalah di Jawa.
Dalam pada itu, sebilangan besar pulau kecil di negara terbabit pula tergolong dalam kumpulan yang lebih besar seperti Kepulauan Maluku yang turut dikenali sebagai Kepulauan Rempah-Rempah.
Terdapat sejumlah 17,508 pulau di mana sekitar 6000 didiami, dan terbentang sejauh 5, 150 kilometer (3, 200 batu) dari timur ke barat, antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, serta menjambatani dua benua, Asia dan Australia.
Tidak ketinggalan, negara jiran ini juga kaya dengan keberadaan gunung berapa iaitu sekitar 400 gunung berapi dengan 100 di antaranya merupakan yang aktif dan yang tertinggi mencapai lebih 4, 000 meter.
Sumber: Embassy of Indonesia