Iklan Termahal Di Dunia

Iklan merupakan alat berhubung yang penting dalam dunia perniagaan bagi melariskan jualan sesuatu produk. Pembeli akan mendapat informasi produk dengan lebih mudah daripada pengiklanan. Syarikat-syarikat besar banyak bersaing bagi mendapat tempat di pasaran. Mereka perlu lebih kreatif dan mempunyai wang kerana cost pengiklanan bukanlah murah. Jom kita tengok iklan iklan termahal didunia.


6. FERRARI/ SHELL (4.5 JUTA)

iklan termahal di dunia
Iklan pada tahun 2007 ini menceritakan sebuah kereta lumba Ferrari di beberapa lokasi terkenal seperti Colosseum dan Times square New York. Berakhir disebuah stesen minyak Shell dan teruskan perjalanan.

5. HONDA (6.2 JUTA)

iklan termahal di dunia
Iklan yang mempromosikan produk automotive, Honda Accord diperkenalkan pada tahun 2003 ini menggunakan bantuan teknologi computer. Sebahagian daripada kenderaan ini telah dileraikan dan mula terpasang secara sendirinya sehingga membentuk sebuah kenderaan. Sebanyak 606 keping gambar diambil.

4. PEPSI (8.1 JUTA)

iklan termahal di dunia
Iklan berdurasikan 90 saat ditayangkan pada 2002 dalam satu acara Superbowl menampilkan Britney Spears. Britney muncul dengan pelbagai jenis kostum dengan tagline ‘Untuk Mereka Yang Berfikiran Muda’.

3. CHRYSLER (12 JUTA)

iklan termahal di dunia
Iklan ini di tayang pada 2011 yang menampilkan artis Eminem. Eminem memandu kenderaan tersebut dengan lagu ‘Lose Yourself dimainkan dan Eminem berhenti di Teater Fox berakhir dengan taglie ‘Made In Detroit’.

2. AVIVA (13.4 JUTA)

iklan termahal di dunia
Merupakan produk insurans dari syarikat di Britain. Di tayangkan pada tahun 2008 untuk mempromosikan nama barunya yang sebelum ini di panggil ‘Norwich Union’. Menampilkan ramai bintang bintang filen yang terkenal. 

1. CHANNEL (33 JUTA)

iklan termahal di dunia
Menampilkan Nicole Kidman yang berperanan sebagai seorang artis yang dikejar paparazzi. Nicole kemudian masuk ke dalam sebuah kereta yang didalamnya ada seorang penumpang lelaki dan akhirnya mereka jatuh cinta. Ditayangkan pada tahun 2004 dan Nicole dibayar dengan harga yang sangat tinggi iaitu $ 33 juta. 


Oleh: Khalie Azmi
 

Rujukan