'Iceberg' Sebesar Separuh Keluasan Kedah, Hanyut Di Lautan!

Anda pasti pernah terdengar kisah mengenai kapal Titanic kan?

'iceberg' sebesar separuh keluasan kedah, hanyut di lautan!

Tragedi tersebut melibatkan kapal besar yang berlabuh untuk pertama kalinya itu melanggar bongkah air besar hinggakan ia karam di lautan dalam.

Namun tahukah anda, bahawa pada setiap tahun pasti akan ada bongkah ais baru yang terbentuk, terpisah daripada bongkah asal yang jauh lebih besar?

Salah satu contohnya adalah pada tahun lalu yang mana sebuah bongkah ais terbesar di dunia yang memiliki panjang sejauh 175 kilometer dengan lebar 25 kilometer dilaporkan dari lokasi asalnya di Antartika.

Berikutan itu, bongkah ais tersebut dikatakan hanyut di Laut Weddell, seperti mana yang dikhabarkan Agensi Angkasa Eropah.

Digelar A-76, bongkas ais tersebut mempunyai keluasan permukaan sebesar 4,320 kilometer persegi yang mana ia lebih besar daripada sebuah pulau di Sepanyol, iaitu Mallorca dan juga lebih besar daripada Perlis dan hampir separuh daripada keluasan Kedah!

Sekiranya itu masih belum mengejutkan anda, saiz A-76 juga dilaporkan lebih besar berbanding A-23A yang sebelum ini merupakan bongkah ais paling besar dengan permukaan kira-kira 3,380 kilometer persegi (yang turut hanyut di Laut Weddell).

Difahamkan bahawa A-76 kali pertama dikesan Kajian Antartika Britain dan disahkan Pusat Ais Nasional Amerika Syarikat. Kewujudannya itu dikesan menerusi gambar dari Copernicus Sentinel-1 yang terdiri daripada dua satelit yang mengorbit kutub.

Kongsi saintis, sejak beberapa tahun lalu, sudah terdapat beberapa bongkas ais yang lebih jauh dari Kutub Selatan mengalami proses pecah dan terpisah dari lokasi asal mereka pada kadar yang cepat. Mereka percaya bahawa kejadian itu berkait rapat dengan fenomena pemanasan global.

 

Sumber: [1]