Seorang ibu ni sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya. Sebab tu lah syurga tu di bawah telapak kaki ibu.
Baru-baru ni tabloid The Times of India telah melaporkan seorang ibu yang berada di sebuah negeri di selatan India telah menggadaikan rantai perkahwinannya. Dia melakukan perkara tersebut kerana tidak mahu anak-anaknya tertinggal dalam pelajaran.
Kasturi Chalwadi yang berasal dari kampung Radder Naganur berkata, pengorbanan itu dilakukannya selepas dua orang anaknya telah ketinggalam dalam pelajaran.
Dengan duit gadaian yang bernilai 20,000 rupee (lebih kurang RM1,132) dia telah membeli sebuah televisyen 32 inci yang berharga 16,000 rupee.
Korang mesti tertanya-tanya kenapa beli TV kan?
Menurut wanita itu, anaknya susah ke kelas sekiranya tiada televisyen. Ini kerana guru akan menghubungi para pelajar dan memberikan soalan selepas siaran elas di saluran Chandana. Kiranya, diorang ni belajar melalui saluran yang ada di dalam TV.
Suami Kasturi bekerja dan mendapat gaji harian. Namun, disebabkan perintah berkurung baru-baru ini mereka telah mengalami krisis kewangan. Akibatnya, wanita itu terpaksa mengorbankan kenangan yang dimiliknya.
Kisahnya itu telah mendapat perhatian ramai dan mereka tampil menghulurkan sumbangan. Lebih menyentuh hati apabila broker gadaian barangan kemas pun turut memulangkan semula rantai wanita itu.
Sumber: The Times of India